
KLANG: Seorang sukarelawan Majlis Bandaraya Diraja Klang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan kekejaman terhadap seekor anjing bernama Rocky.
Shah Idham Nor Haikal Shaharom didakwa menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak perlu kepada haiwan itu dengan mencekiknya menggunakan tali berjerut di luar sebuah rumah di Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada 29 Julai lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan yang memperuntukkan denda RM20,000 hingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
