Fadillah dibenar keluar IJN

Fadillah Yusof
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dimasukkan ke IJN pada 28 Julai dan menjalani ujian angiogram koronari pada hari berikutnya. (Gambar IJN)

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) susulan menjalani pembedahan pemintasan jantung berkembar pada 12 Ogos.

IJN berkata, keadaan Fadillah semakin baik untuk membolehkannya meneruskan proses pemulihan di rumah.

“Beliau akan kekal di bawah penjagaan susulan daripada pasukan perubatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IJN Dr Ezani Taib. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat bagi memastikan Fadillah mendapat rehat secukupnya.

Fadillah, 64, dimasukkan ke IJN pada 28 Julai dan menjalani ujian angiogram koronari pada hari berikutnya. Selepas penilaian dibuat, doktor memutuskan pembedahan pemintasan arteri koronari menjadi kaedah rawatan yang paling sesuai.

Author: admin