RUU mansuh Auku dibentang tahun ini, kata Anwar

anwar ibrahim kakitangan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap rang undang-undang itu akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada tahun ini.

KLANG: Rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap pada sesi Temu Anwar bersama mahasiswa hari ini, Anwar berkata beliau telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai hasratnya untuk memansuhkan Auku sepenuhnya.

“Insya-Allah, kita akan membentangkan rang undang-undang itu dan meluluskannya di Parlimen pada tahun ini. Pihak pengurusan universiti, sama ada naib canselor, rektor atau dekan, mesti ke depan,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin