Jerebu: Sekolah 6 daerah di Sarawak tutup 2 hari

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mengarahkan semua sekolah di bawah seliaan jabatan itu di Kuching, Padawan, Serian, Bau, Lundu dan Samarahan ditutup hari ini dan esok susulan kualiti udara tidak sihat akibat jerebu.

JPNS memaklumkan sepanjang tempoh itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran murid, lapor Bernama.

“Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah, khususnya daripada risiko pendedahan kepada udara tidak sihat,” kata JPNS dalam satu kenyataan.

Perkembangan lanjut berhubung tempoh penutupan serta pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat.

Author: admin