
PETALING JAYA: Seorang pelajar Tingkatan 2 cedera akibat ditusuk kerambit rakan sekelas dalam kejadian di sebuah sekolah di Shah Alam, minggu lalu.
Ketua Polis Shah Alam Sarudin Samah, berkata dalam kejadian pada 5 Ogos lalu suspek turut mengalami kecederaan ringan di lengan.
“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan, manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.
“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek dan telah diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya menurut Bernama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
