
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi benar penangguhan bersyarat kepada Rosmah Mansor membuat pembayaran USD14.6 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Namun, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah memasukkan keseluruhan jumlah penghakiman berjumlah sekitar RM67.5 juta mengikut nilai tukaran wang, dalam akaun bersama dipegang peguam kedua-dua pihak dalam tempoh satu bulan bermula hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Marianne Antoinette Ghani, berkata susunan itu akan melindungi hak Global Royalty terhadap wang tersebut sekiranya rayuan Rosmah gagal, selain memastikan dana itu kekal di Malaysia dan boleh dipulangkan kepada Rosmah jika rayuannya berjaya.
Pada 10 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon membenarkan saman difailkan Global Royalty terhadap Rosmah, yang menuntut pemulangan semua 43 barangan kemas atau pembayaran anggaran nilainya USD14.6 juta.
BERITA LANJUT MENYUSUL
