Wong Chen letak jawatan ahli Dewan Rakyat, kosongkan kerusi Subang

WONG CHEN
Wong Chen mewakili rakyat Subang sejak 2018, mempertahankan kerusi Parlimen itu sebagai calon PKR pada PRU 2018 dan 2022.

PETALING JAYA: Wong Chen meletakan jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi Parlimen Subang, berkuat kuasa hari ini jam 5 petang.

Wong mewakili rakyat Subang sejak 2018, mempertahankan kerusi itu sebagai calon PKR pada PRU 2018 dan 2022.

Wong mempamerkan surat peletakan jawatan yang diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu, di Facebook.

Katanya, jarak masa itu telah dipersetujui terlebih dahulu antara mereka, “bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen untuk membuat persiapan bagi kekosongan kerusi Parlimen Subang”.

Menurutnya, gelaran ‘Yang Berhormat’ pada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat akan digugurkan menjelang bulan depan.

Wong juga mengumumkan beliau akan mengadakan sidang media pada Rabu.

Wong turut berkongsi video memaparkan beliau memasukkan buku-buku dalam suatu kotak, beberapa minit sebelum pengumuman ini.

Sebelum ini, beliau menarik tumpuan apabila menghadiri majlis Parti Bersama Malaysia pada Mei, yang diambil alih bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Author: admin