Adun Seberang Takir letak jawatan timbalan pengerusi Bersatu Terengganu

Adun Seberang Takir, Khazan Che Mat, berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai ketua Bersatu Kuala Nerus. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Adun Seberang Takir, Khazan Che Mat, meletakkan jawatan timbalan pengerusi Bersatu Terengganu, menyusuli langkah Razali Idiris yang melepaskan jawatan pengerusi pada Jumaat.

Khazan berkata beliau turut melepaskan jawatan ketua Bersatu Kuala Nerus. Surat peletakan jawatan akan dihantar minggu depan, katanya.

Beliau berkata keputusan untuk meletak jawatan dan enggan memangku tugas ketua Bersatu Terengganu ini setelah mengambil kira pandangan ahli jawatankuasa.

Khazan juga berkata beliau tidak berhasrat memangku jawatan ketua Bersatu Terengganu selepas Razali meletak jawatan.

“Saya bukan mengejar jawatan dan menyertai Bersatu pada 2016 pun atas jemputan Razali yang juga exco kerajaan negeri,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Khazan juga berkata Bersatu lambat bertindak dalam menggantikan kekosongan jawatan ketua bahagian, terutama membabitkan Besut dan Hulu Terengganu.

Razali ketika mengumumkan peletakan jawatan tidak menyatakan punca beliau melepaskan jawatan yang disandang sejak 10 tahun lalu itu.

Turut dilaporkan Adun Telemong, Zawawi Ismail, dan Adun Hulu Besut, Husaimi Hussin, mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua penerangan dan bendahari Bersatu Terengganu.

Author: admin