Razali nafi dilantik ketua Pejuang Terengganu

razali idris
Adun Kijal, Razali Idris, beri tempoh kepada seorang pengguna Facebook supaya memadamkan suatu hantaran, selepas menafikan dakwaan beliau dilantik sebagai ketua Pejuang Terengganu.

PETALING JAYA: Adun Kijal, Razali Idris, menafikan dakwaan beliau dilantik sebagai ketua Pejuang Terengganu, menurut laporan.

Menegaskan masih ahli Bersatu, Razali memberikan tempoh selama satu minggu kepada seorang pengguna Facebook supaya memadamkan suatu hantaran atau berdepan tindakan undang-undang.

“Saya menafikan dilantik sebagai ketua badan pimpinan Pejuang negeri seperti ditularkan melalui laman sosial FB,” katanya, lapor Berita Harian.

Semalam, Razali dilaporkan menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua Bersatu Terengganu kepada Presiden Muhyiddin Yassin pada 16 Julai.

Beliau menyandang jawatan itu sejak 10 tahun lalu. Tiada punca dinyatakan bagi peletakan jawatan ini, menurut laporan.

Menurut Razali, beliau juga akan melepaskan jawatan ketua Bersatu Marang pada pertengahan bulan depan.

Author: admin